Mira Hisham ❤
Demam Running Man :3
Thursday 6 June 2013 ✿ 06:02 ✿ 0 Paris

Hai ! Dah lama giler tak update blog nie *lap habuk dekat screen*. Haa, nampak tak title kat atas tuuu ? Nie la yang mira nak cerita nie. Cuti sekolah nie memang boring giler. Bukan cuti kali nie je, tiap-2 kali cuti sekolah boring. Mana tak nye, dah tak berjalan ke mana, duduk kat rumah je *mengeluh*. Tapi takpe la, mira redhooo, haha. Cuti punya lama tapi homework tak bersentuh langsung. Macam nie la contoh budak rajin kannn, haha. So, disebabkan taktau nak buat apa cuti nie, mira just tengok Running Man jela. Tak kira dekat tv ke ataupun dekat youtube ke, semua mira layan. Taktau kenapa tiba-2 jadi giler sangat dekat Running Man nie. Hebat kan Running Man ? Boleh buat semua orang gilakan dia :3

Mula-2 kan mira taktau apa kejadahnya Running Man nie. Mira ingatkan dulu Running Man nie drama cinta korea, haha. Tapi dah lepas tu, mira tanya "Running Man tu cerita apa ?" dekat sorang kawan mira nie yang memang minat sangat Running Man nie. Then, dia pun cerita la. Pastu, mira pun mula berminat nak tengok. Haa, bila dah start tengok mula la nak tengok lagi sebab rasa best. Lama-2 terus tak boleh miss dah Running Man nie walaupun satu episod. Terus jadi peminat setia. Running Man nie ibarat dadah tau tak. Sebab apa ? Sebab boleh buat orang ketagih bila dah cuba tengok sekali. Sampaikan mak mira pun dah gila Running Man. Haha.

Yang paling mira suka dalam Running Man nie ialah Kwang Soooooo! haha. Walaupun dia selalu kena buli, selalu kalah tapi dia suka buat lawak. Haa, tu yang suka tu. Kalau takde dia mungkin Running Man tak se-best nie kottt. Kerana Running Man jugak mira sanggup tidur pukul dua tiga pagi, haha. Tak sabar nak tunggu diorang datang KL nanti. Hope dekat KL nanti lagi best daripada sebelum nie. Running Man, Fighting !
 
 

Love you Kwang Soo ! :*


Older Post
Navigation here




Talking Here


Hello ! Welcome to my blog . Don't forget to drop your links at my cbox . Do follow me and I'll will follow you back :)


Tagboard


Credits